14 Jul 2010

Puding Gula Hangus


Buat puding ni untuk minum petang....demam buah strawberry lum abis lagi...hehe ....selagi tak abis mcmtu la kan...so menu puding ni pun letak jugala buah strawberry tu....Makan puding yg disejukkan dalam peti ais dan ditambah pula dgn buah strawberry yg fresh dan manis ni....memang sedapla...oklah resepinya saya ambik drp majalah mingguan wanita 2thn lepas dah..ada byk dan pelbagai resepi nak buat puding ni...tapi yg saya try ni kira yg simple jugala.

Bahan A (untuk buat gula hangus)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Bahan B( untuk buat puding)
700ml susu penuh krim atau susu tepung campur air dan jadikan anggaran 700ml
3/4 cawan gula
sedikit esen vanilla
1 sudu mkn tepung kastard
7 biji telur

Cara Membuatnya:
1. Sediakan periuk pengukus
2. Untuk buat gula hangus, satukan bahan A di dalam loyang bulat atau sebarang acuan....masakkan dgn api perlahan. Biarkan gula hancur dan menjadi keemasan.
3. Angkat dan biarkan seminit atau hingga gula hangus sejuk.
4. Satukan bahan B, gaul (jgn dipukul) sehingga gula hancur kemudian tapis adunan.Pastikan adunan tidah berbuih-buih. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah ada gula hangus tadi.
5. Kemudian kukus 15-20minit. Sejukkan dan sedia untuk dihidang...hiaskan dgn buah strawberry diatasnya.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers